Tuesday, 28 January 2014

Tip-Tip Membeli Laptop Baru

Tujuan tip-tip ini ialah agar anda berpuas hati dengan laptop baru anda dan supaya anda tidak terpedaya dengan ayat-ayat manis oleh penjual.


Pemberitahuan: - Tip-tip ini lebih ke arah spesifikasi gaming.


1. Kad Grafik/Graphic Card
Yang ini memang satu keutamaan dan kewajiban. Bagi saya kad grafik merupakan satu perkara yang paling penting sekali bagi sesebuah laptop lagi-lagi otai gamers. Kepada kasual-kasual gamers, intel kini sudah mengeluarkan grafik (APU) yang membolehkan anda bermain game dengan detail yang tinggi. Walaupun begitu, game-game terbaru seperti Battlefield 4, Assassin's Creed® 4 Black Flag, Call of Duty®: Ghosts dan lain-lain lagi, anda mungkin tidak dapat memainkannya langsung. Jadi saya sarankan anda beli grafik kad jenama NVDIA atau AMD. AMD Radeon atau NVIDIA GeForce (Lol. Intel GMA jangan sentuh). Mana pilihan anda. Berdasarkan research saya di internet, NVIDIA GeForce menjadi pilihan orang ramai dan saya juga bersetuju dengan pendapat itu. Kalau nak terangkan memang panjang. Jadi silakan lah men'google' lol. Jangan beli laptop yang ada dua grafik kad. Sebab apa, sebab ada masalah "micro stuttering". AMD = Crossfire/Dual graphic card dan NVIDIA = SLI. Sebenarnya dua kad grafik ini bertujuan untuk boost gaming. Kalau anda main game DirectX 11, ada peningkatan dari segi prestasi. Cuma sampai sekarang tidak ada penyelesaian terhadap masalah micro stuttering. Senarai-senarai/ranking grafik kad mengikut benchmark. Untuk laptop sahaja. sila rujuk:
Mobile Graphics Cards.
Klik pada mana-mana model untuk maklumat lebih lanjut tentang spesifikasi.


2. Processor/CPU
Perkara kedua terpenting selepas kad grafik, mungkin juga yang pertama. Kalau kad grafik tinggi tapi processor lemah, memang tidak sesuai untuk bermain game. Intel atau AMD. Saya syorkan intel. Sebab apa, sebab yang paling ringkas ialah intel lagi "experienced" dalam bidang processor berbanding AMD. Saya syorkan anda cari processor 2Ghz ke atas dan dual core atau pun Intel i5 ke atas. i5 ini banyak jenis. Ada i5 yang 1.8Ghz, ada yang 2.5GHz dan ada yang boleh boost atau overclock. Begitu juga dengan processor-processor yang lain. Untuk AMD saya syorkan model AMD APU A6(A8, atau A10) dan ke atas. Tetapi Intel tetap pilihan saya yang utama. Kalau ikut benchmark, banyak processor intel menduduki carta paling atas. Untuk laptop sahaja. Mobile Processor. Klik pada mana-mana model untuk maklumat lebih lanjut tentang spesifikasi.


3. Memory RAM
Kalau memory RAM tinggi, banyak aplikasi boleh digunakan dalam satu masa. Standard untuk otai-otai gamers mungkin dalam 6gb ke 8gb ram. Tapi yang paling penting sekali jenis RAM. DR2<DDR3<DDR5. Tolak ketepi DDR2. Cari memory RAM DDR3 atau DDR5. Laju bila transfer file. Main game pun lancar. Semestinya DDR5 lagi bagus dan prestasi tinggi.



5. Design Laptop
Design juga memainkan peranan yang penting bagi sesebuah laptop. Contohnya seperti pengaliran udara yang baik. Jadi laptop anda tidak akan cepat panas dan sentiasa berasa sejuk. Lagi perkara yang perlu diambil ialah seperti keselesaan keyboard, jenis dan saiz skrin, berat laptop dan macam-macam lagi.



6. Jaminan/Warranty
Pastikan laptop dibeli oleh anda mempunyai warranty. Saya tidak beberapa pakar dalam hal warranty ini tetapi ianya bergantung pada jenama juga. Setahu saya, sekiranya laptop kita mengalami kerosakan secara tiba-tiba, kita boleh terus menukarnya dengan yang baru. Tetapi sekiranya laptop kita mengalami kerosakan disebabkan diri sendiri seperti overclock, membuat modifikasi pada laptop dan lain-lain lagi, anda mungkin perlu membayar sedikit harga bersama warranty untuk membaiki laptop anda.



7. Harga
Jangan lupa untuk membuat perbandingan. Jangan main terus beli sahaja. Kalau banyak duit tidak apa. Alang-alang banyak duit terus beli Alienware tidak pun ASUS G-Series. Buat perbandingan di setiap kedai dan internet. Biasanya penjual akan beri diskaun kepada anda ketika membeli laptop padahal itu memang harga sebenar atau sedikit tinggi. Kalau anda bernasib baik atau mempunyai rakan-rakan di sana, mungkin anda boleh mendapat harga yang lebih murah.


8. Lain-lain

Perkara yang perlu diambil kira Port USB, HDMI, DVD ROM, Kapasiti HDD/Strorage dan lain-lain lagi. 


Rujukan: infovtech




2 comments: