Tuesday 7 January 2014

Pengenalan Sistem Pengendalian.


Apakah itu Sistem Pengendalian(Operating System)? 

Dalam bidang sains komputer, sistem pengendalian ialah sekumpulan atur cara komputer yang menguruskan sumber perkakasan dan perisian bagi sesebuah komputer. Ia memproses sistem mentah dan input pengguna lalu membalas dengan memperuntukkan serta menguruskan tugas dan sumber sistem dalaman sebagai suatu perkhidmatan kepada para pengguna dan atur cara sistem. Pada asasnya, sesebuah sistem pengendalian akan melakukan tugas asas yang berikut:



Antara Contoh Sistem Pengendalian:




Windows





Microsoft Windows ialah sebuah sistem operasi yang dibangunkan dan dipasarkan oleh Microsoft. Sehingga kini, terdapat pelbagai versi Windows, antaranya Windows 95, Windows 98, Windows ME, Windows NT, Windows XP,Windows Vista,Windows 7 dan yang terbaru daripada Microsoft ialah Windows 8 yang dilancarkankan pada tahun 2012. 


MS DOS





MS-DOS adalah satu sistem pengendalian yang telah dibina dan dipasarkan oleh Microsoft.
Ia adalah sistem pengendalian yang paling banyak dipakai berbanding dengan sistem operasi DOS lain untuk komputer peribadi serasi IBM pada awal '80-an. Lama kelamaan, sistem operasi ini telah digantikan dengan sistem operasi Windows lain yang mempunyai antaramuka yang lengkap. 
MS-DOS mula diperkenalkan pada tahun 1981 dan mempunyai lapan (8) versi utama sebelum Microsoft bertindak menghentikan pembinaannya pada tahun 2000.




 Windows XP



Windows XP adalah salah satu daripada keluarga sistem pengendalian Windows keluaran Microsoft. Akronim XP adalah singkatan daripada perkataan eXPerience (pengalaman).Dilancarkan pada 25 Oktober 2001, Windows XP adalah pewaris kepada Windows 2000 dan Windows Me, menjadikannya keluarga Windows berorientasikan pengguna terawal yang dibina berasaskan teknologi Windows NT. Setakat Januari 2006, lebih 400 juta salinan perisian Windows XP telah terjual di seluruh dunia.Windows XP sangat dikenali kerana reputasinya sebagai salah satu sistem pengendalian sangat stabil.


Windows 8


Windows 8 merupakan sistem pengendalian keluaran Microsoft bagi kegunaan komputer peribadi, termasuklah komputer meja rumah dan perniagaan, komputer riba, tablet dan PC teater rumah. Ia adalah sebahagian daripada keluarga sistem pengendalian Windows NT serta menggantikan Windows 7.



Linux




Istilah Linux atau GNU/Linux (GNU) juga digunakan bagi merujuk kepada keseluruhan edaran Linux yang selalunya disertakan perisian-perisian lain sekali dengan sistem pengendalian. Contoh-contoh perisian adalah seperti pelayan web, bahasa pengaturcaraan, pangkalan data, persekitaran desktop]] (seperti GNOME dan KDE), dan set pejabat seperti OpenOffice.org.

Ubuntu



Ubuntu ialah sistem pengendalian yang berasaskan edaran Linux Debian.diedarkan sebagai perisian sumber terbuka percuma. Ubuntu menyediakan sistem pengendalian yang sentiasa dikemas kini dan stabil untuk pengguna biasa, dengan tumpuan khusus kepada kebolehgunaan dan kesenangan pemasangan. Ubuntu dibina khas untuk digunakan secara meluas pada Komputer peribadi,Pelayan dan Telefon Pintar.

Android



Android adalah operating system atau OS berdasarkan linux yang diperuntukan khusus untuk peranti mudah alih seperti telefon pintar atau tablet PC yang mempunyai fungsi skrin sesentuh.Pada mulanya ia dibina oleh Android Inc, tetapi telah dibeli oleh Google pada tahun 2005.







0 comments:

Post a Comment