Tuesday 14 January 2014

Perkara yang perlu dilakukan selepas OS diformat


  Kebanyakan pengguna PC/Laptop tidak tahu apa yang mereka perlu lakukan selepas OS diformat..Justeru saya ingin berkongsi pengalaman saya yang tahu serba sedikit tentang PC/Laptop ini kepada anda semua..

Perkara pertama yang perlu dilakukan selepas OS diformat ialah :

1)  Menyemak peranti (device) yang perlu di install.

Untuk menyemak peranti tersebut, anda perlu klik pada START BUTTON // tekan logo windows (kepada pengguna Windows 8) >> didalam SEARCH BAR
anda dikehendaki menaip devmgmt.msc dan tekan ENTER (SEARCH BAR Windows 8 akan keluar jika User menaip sesuatu). Tetingkap "DEVICE MANAGER" akan terbuka.. Disitulah anda dapat menyemak peranti apa yang patut di install. Jika terdapat "Yellow Mark" yang mempunyai tanda ?/! seperti gambar rajah di bawah itu bermakna anda perlu install peranti (device) yang tertentu untuk memastikan peranti (device) tersebut menjadi..


Jika anda tidak mahu memasang (install) peranti secara manual, anda juga boleh mencari peranti tersebut dengan melawati page jenama PC/Laptop anda. Sebagai contohnya ACER SUPPORT, pastikan anda menambah support dibelakang jenama PC/Laptop anda supaya memudahkan lagi pencarian..


Gambar diatas adalah contoh dimana anda dapat mencari peranti (device) yang bersesuaian untuk PC/Laptop anda..


2) Software yang wajib di install.

Antara software yang wajib di install ialah :

NET.Framework
 .NET Framework ialah sebuah rangka kerja perisian yang boleh dipasang pada komputer yang mempunyai sistem pengendalian Microsoft Windows. Rangka kerja ini mengandungi sebuah pustaka kod yang besar dan mesin maya yang menjalankan atur cara-atur cara yang ditulis dalam rangka kerja ini. .NET Framework menyokong pelbagai bahasa-bahasa pengaturcaraan dan membolehkan keupayaan saling kendali antara bahasa, di mana setiap bahasa boleh mengguna pakai kod yang ditulis dalam bahasa lain; khususnya, pustaka .NET boleh dicapai dari semua bahasa pengaturcaraan yang disokong oleh .NET.


JAVA
Java ialah sebuah bahasa pengaturcaraan berorientasi objek, Tidak seperti bahasa pengaturcaraan lain yang direka bentuk untuk dikompil kepada kod mesin ataupun diterjemah terus dari kod sumber semasa masa jalanan, Java dikhaskan untuk dikompil kepada kod bait

FLASH PLAYER
Adobe Flash Player ialah perisian yang memaparkan animasi dan filem dengan menggunakan atur cara komputer seperti pelayar web. Flash Player menjalankan fail-fail SWF yang boleh direka dengan menggunakan alat pengarangan Adobe Flash

DIRECT X
Microsoft Direct eXtension (juga sentiasa dipanggil DirectX) merupakan koleksi antara muka pengaturcaraan applikasi (Interface) untuk mengawal tugas berkaitan dengan multimedia, terutamanya pengaturcaraan permainan dan video, di atas platfom Microsoft.

MICROSOFT OFFICE
- Untuk melakukan sesuatu perkara yang bertulis/jadual seperti surat dan lain-lain.

Anti-Virus
Antivirus atau perisian anti-virus merupakan satu jenis perisian yang digunakan untuk mengesan dan membuang malware, seperti: virus komputer, adwarebackdoorsmalicious BHO's,dialersfraudtoolshijackerskeyloggersmalicious LSPsrootkitsspywaretrojan horses dan worms. Keselamatan komputer, termasuk perlindungan daripada teknik kejuruteraan sosial.

3) Software yang kebiasaannya di install oleh user.

ADOBE READER
- Digunakan untuk membuka PDF file.

WinRAR , 7ZIP
- Digunakan untuk membuka folder yang berformatkan selain daripada Windows Explorer.

Browser (Google Chrome)
Google Chrome ialah pelayar web keluaran Google yang menggunakan enjin susun atur dan kerangka aplikasi WebKit.

VIDEO PLAYER
- Digunakan untuk memainkan video.

INTERNET DOWNLOAD MANAGER
- Internet Download Manager (juga dipanggil IDM) adalah pengurus shareware download. Ia digunakan untuk memuat turun pelbagai file dengan kelajuan tinggi.





1 comment:


  1. DAPATKAN JACKPOTMU DI BOLAVITA.

    merasa bosan dan uang habis dengan sia sia?

    Bolavita adalah situs judi online terpercaya dan aman untuk dimainkan.ada banyak jenis permainan yaitu Bola tangkas,Casino live,Sabung Ayam,Taruhan Bola,Togel online,Games Virtual dan Judi Balapan Tikus.
    disini banyak bonus yang akan kami berikan untuk anda
    * Casino Online Flat Cashback 5%
    * Bola Tangkas Online Flat Cashback 10%
    * Bonus Referral Permainan Online 7%+2%
    * Bonus Returning Member 200.000

    Kami menyediakan Register,Deposit dan Withdraw menggunakan bank lokal seperti BCA,MANDIRI,BNI,BRI,DANAMON DAN CIMB NIAGA.


    Gak bakalan nyesal deh daftar di Bolavita

    WA / TELEGRAM : +62812-2222-995
    INSTAGRAM : @bola.vita
    FACEBOOK : @bolavita.ofc
    TWITTER : @BVgaming_net
    LINE : @CS_bolavita


    (¯`·.¸¸.·´¯`·.¸¸.-> LIVECHAT 24 JAM <-.¸¸.·´¯`·.¸¸.·´¯)

    #bolavita #terpercaya #sabungayam #casino #deposit #pokeronline #judionlineterbaik #banyakbonus #superpromo #livechat24jam #fastrespon

    ReplyDelete