Tuesday, 14 January 2014

OBESITI DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA

DEFINISI

Obesiti  merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.

SIAPAKAH YANG TERGOLONG DALAM OBESITI?

• Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal;
• Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya;
• Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 (sila lihat di bawah untuk bagaimana mengira BMI);
• Mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis);
• Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun mengikut diet yang   disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.

PEMAKANAN

Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan dan penukaran makanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan, kita juga dapat mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis pengelasan makanan, misalnya vitamin, protein, lemak, dan sebagainya. Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu, dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan anda.



APAKAH INDEKS JISIM BADAN?
Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa Inggeris: Body Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.                                                                                                          
Jika anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:
Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):

   berat(kg)
BMI   = ---------------------
           tinggi(m) x tinggi(m)
                 






Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di bawah bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.



INDEKS JISIM BADAN
STATUS
BMI
Kurus
Kurang 20.6
Normal
20.7 – 26.4
Gemuk
26.5 – 30.9
Obesiti
31.0 – 45.2
Bahaya
Lebih 45.3

KANDUNGAN LEMAK DALAM MAKANAN
Apa sahaja makanan yang kita makan, sebenarnya mengandungi banyak kalori daripada lemak. Di bawah ini, anda boleh mengikuti garis panduan diet Malaysia sebagai rancangan diet anda.

Jenis makanan
Gram lemak setiap sajian
% kalori dari lemak
Makanan tinggi lemak
Hamburger saiz biasa
11.8
39
Hot dog
14.5
54
Kentang goreng
20-25 keping (saiz biasa yang
digoreng dengan minyak sayuran)
12.247
Keropok kentang - 1 aun
10.1
61
Mentega/marjerin - 1 sudu teh
4
94
Sos salad - 2 sudu makan
11.1
85
Kek keju
16.3
57
Makanan rendah lemak
Kacang hijau - direbus = cawan
0.2
9
Roti - 1 keping
1.1
16
Mil oat - 1 cawan
2.4
15
Buah epal - 1 biji
0.5
6
Ubi kentang - 1 biji dipanggang
0.2
1

Jangan jadikan amalan, makan sambil menonton televisyen. Perbuatan ini boleh menyebabkan anda seronok sehingga tidak mahu berhenti makan.      

RISIKO KESIHATAN
Sekiranya berat badan anda bertambah, pelbagai keadaan serta masalah boleh berlaku, antaranya ialah:

•             Penyakit kardioviskular (berkaitan dengan jantung)
•             Strok (angin ahmar)
•             Tekanan darah tinggi
•             Batu hempedu
•             Diabetes (kencing manis)
•             Paras kolestrol darah yang tinggi
•             Gout
•             Sakit di bahagian bawah belakang badan
•             Sukar bernafas
•             Osteoartritis spina (tulang belakang), pinggang atau lutut
•             Gangguan pembuangan air kecil
•             Penyakit hati
•             Barah usus

SENAMAN YANG BOLEH DILAKUKAN

Tentu ramai anda yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang, kalau ada penyakit, pasti ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti fizikal anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan:
•             Berjalan kaki dengan cepat, menaiki tangga, bersenam aerobik.
•             Berlari, lari-lari anak (joging), berbasikal, berenang, atau merentas desa.
•             Bersukan dengan bermain tenis, bola sepak, atau skuasy.
•             Berjalan-jalan, berkebun.
•             Melakukan kerja-kerja rumah, menari, dan aktiviti-aktiviti yang lain.

KENAPA PERLU BERSENAM?

Anda tahu tidak kenapa kita perlu bersenam? Faedahnya banyak. Dengan bersenam, badan kita akan jadi sihat dan kuat. Kita juga akan jauh daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah:

•             Senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot.
•             Jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat.
•             Meningkatkan kadar nadi dan mencegah pengerasan arteri, serta dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Arteri yang keras merupakan penyebab utama berlakunya tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar (strok).
•             Meningkatkan keupayaan badan mengawal paras glukosa darah.
•             Membantu mengawal lipid darah yang tidak normal.
•             Menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Ini akan membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggang atau kecederaan yang lain

BERSAMA-SAMALAH KITA MENJAGA KESIHATAN DENGAN BAIK. AMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT DAN SENAMAN SETIAP HUJUNG MINGGU…SELAMAT MENCUBA…


                                                                                                

0 comments:

Post a Comment