Tuesday, 14 January 2014

LAMAN SOSIAL

Apa itu laman sosial? Laman sosial ialah alat untuk berkongsi dan berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia di alam maya. Pada masa kini, seseorang yang tidak memiliki akaun di laman sosial dikatakan ketinggalan zaman dan tidak mengikuti perkembangan teknologi semasa. Di antara laman sosial yang popular ialah Facebook, Twitter, Google+ dan MySpace. Laman sosial ini menjadi bertambah popular kerana ianya boleh di akses di mana saja berada hanya dengan menggunakan telefon bimbit. Di sebalik keghairahan masyarakat kita menggunakan laman sosial, kita harus sedar tentang kebaikan dan keburukan menggunakan laman sosial ini. Setiap masyarakat kita mesti mengambil sikap secara serius tentang risiko-risiko yang bakal dihadapi hasil dari laman sosial ini.





Kebaikan

1.      1.  Sebagai alat perhubungan.

     Laman sosial dijadikan sebagai alat perhubungan, contoh yang paling ketara adalah pertemuan semula rakan sekolah ataupun rakan kampung di alam maya dan seterusnya dapat mengetahui perkembangan semasa sesama mereka. Laman sosial juga dijadikan sebagai alat perhubungan di antara pemimpin dan masyarakat dan juga di antara pelanggan dan pengeluar produk.

2. Sebagai alat pemasaran produk.

 Laman sosial ini amat berguna kepada sesetengah pihak yang menjalankan perniagaan di mana ianya dijadikan sebagai alat untuk memasarkan produk mereka. Ianya amat berkesan dan mudah. Maklumat terkini tentang produk yang dikeluarkan dapat diketahui dengan cepat.

3. Sebagai alat untuk menyebarkan ilmu pengetahuan.

Tidak dapat dinafikan laman sosial banyak membantu dalam penyebaran maklumat di mana ianya berlaku apabila sesuatu maklumat itu dikongsi dengan rakan-rakan yang lain. Contohnya ilmu keagamaan

4. Sebagai alat untuk memantau pergerakan anak-anak (itupun sekiranya anak-anak approved request untuk jadi kawan – ibu bapa kena bijak la..nak menyamar ke.. :)).

Anak-anak sekarang, sekolah rendah sudah ada akaun laman sosial, sama ada dibuka oleh ibu bapa atau pengaruh dari kawan. Ibu bapa boleh mengikuti status terkini anak-anak mereka. Mengenali kawan-kawan kepada anak mereka. Kebiasaanya para remaja lebih suka bercerita masalah mereka dengan kawan-kawan daripada ibu bapa. Jadi ibu bapa perlu mencari inisiatif untuk memantau anak mereka. Ini adalah salah satu caranya.


Keburukan

1. Pembaziran masa.

 Penggunaan yang terlampau lama di dalam laman sosial mengakibatkan pembaziran masa berlaku. Contohnya aplikasi “games”. Terdapat ramai pengguna laman sosial menjadi ketagih dengan aplikasi “games” seperti Farmville, Mafia Wars dan Pet Society. Ianya seolah-olah menjadi satu kerugian kepada mereka sekiranya meninggalkan permainan tersebut. Ianya memang secara terang berlakunya pembaziran masa. Masa diluangkan dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah.

2. Mengurangkan produktiviti.

 Ketagihan dengan laman sosial sekaligus telah mengurangkan produktiviti kerja. Majikan menghadapi masalah untuk menyekat pekerja mereka dari melayari laman sosial. Majikan boleh menyekat pekerja mereka dari melayari laman sosial dengan mem”block” laman-laman tersebut. Namun demikin kecanggihan teknologi masa kini telah memudahkan laman-laman tersebut dilayari dengan menggunakan telefon bimbit.

3. Penipuan.

 Penipuan boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk juga di laman sosial. Pengguna laman sosial mesti bijak dalam mengenalpasti akan kesahihan sesuatu perkara yang terdapat di laman sosial. Pengguna juga jangan cepat percaya dengan orang yang tidak dikenali.Contoh penipuan yang terdapat di laman sosial adalah seperti pelaburan haram. Terdapat ayat-ayat yang digunakan seperti “setiap kali login di facebook dapat RM100”..memang menarik tapi begitu mudah nak dapat duit? Apabila di siasat ia hanyalah sebagai salah satu teknik untuk menarik perhatian pengguna facebook memasuki skim tersebut. Terdapat juga pengguna yang tertipu akibat terlampau percaya dengan kenalan facebook yang hanya dikenali di laman sosial.

4. Pencerobohan akaun.

 Pengguna laman sosial dinasihatkan supaya tidak memasukkan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank, nombor telefon, alamat rumah dan sebagainya. Sekiranya pencerobohan maklumat berlaku, mereka yang tidak bertanggungjawab, boleh menggunakan maklumat tersebut untuk tujuan-tujuan tertentu yang pasti tanpa keizinan pemilik yang sebenar. Seringkali kita mendengar akaun laman sosial selebriti-selebriti tanahair yang berjaya diceroboh dan ianya memberi kesan yang buruk kepada pemilik sebenar.

5.Sebagai satu media untuk menyebarkan fitnah.

 Terdapat juga kes di mana laman sosial digunakan sebagai alat untuk menyebarkan fitnah di mana gambar-gambar yang tidak senonoh mungkin telah diupload tanpa pengetahuan pemilik gambar tersebut dan pelbagai fitnah telah dilemparkan. Pemilik akaun laman sosial seharusnya bijak dalam mengendalikan akaun mereka.  Add Friends hanya yang dikenali, kadang-kadang kita lihat beribu jumlah friends, tapi kenal ke? Kalau tak kenal, perkongsian maklumat harus la terhad.

6. Kebocoran maklumat.

Ini boleh berlaku sekiranya pemilik akaun laman sosial memberi maklumat sulit tentang syarikat di mana tempat mereka bekerja. Kebocoran maklumat ini boleh memberi kesan negatif kepada syarikat terbabit. Pekerja sesebuah syarikat harus tahu membezakan maklumat yang boleh dikongsi dengan orang ramai dengan maklumat yang tidak boleh dikongsi dan sekiranya dikongsi boleh memberi kesan yang buruk kepada syarikat  tersebut sekiranya maklumat tersebut diketahui oleh pesaing syarikat terbabit. Sekiranya tak tahu nak beza, jalan selamat, tidak perlu kongsi maklumat tersebut.





0 comments:

Post a Comment