Tuesday, 11 February 2014

BAHAN-BAHAN YANG MENCEMARKAN UDARA

Asap Rokok
Asap rokok mengandungi banyak bahan yang membahayakan. Antaranya adalah nikotin, tar, karsinogen dan karbon monoksida.
                               


Nikotin - dadah beracun yang menyebabkan ketagihan dan merosakkan tisu otak
Tar - bahan lekit yang membunuh sel dan menyebabkan kanser peparu
Karsinogen - agen penyebab kanser
Karbon Monoksida - gas beracun tanpa bau dan warna yang menghalang hemoglobin daripada angkut oksigen ke seluruh tubuh badan
Perengsa - bahan yang menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan



Karbon Monoksida

Gas ini biasanya diperolehi daripada asap kenderaan. Gas beracun ini tidak berwarna dan berbau. Kesan gas karbon monoksida akan menyebabkan hemoglobin gagal mengangkut oksigen ke seluruh badan.
  
                             




Sulfur Dioksida

Biasanya gas sulfur dioksida ini datangnya daripada asap kilang. Gas ini juga beracun. Tidak mempunyai warna namun mempunyai bau yang menyesakkan! Gas sulfur dioksida menyebabkan rasa tak selesa pada laluan pernafasan, batuk, sukar bernafas, bronkitis dan kanser peparu. 

*Gas sulfur dioksida juga adalah gas yang sama yang menyebabkan hujan asid                                                                                                                                                                                                
                                




Jerebu

Jerebu terhasil daripada wasap eksoz kenderaan, pembakaran terbuka dan juga kebakaran hutan. Jerebu terdiri daripada zarah pepejal yang sangat halus, seperti habuk dan asap.

                              




Toksin

Toksin dibebaskan ke udara melalui asap rokok, wasap ekzos kenderaan dan juga pembakaran bahan api. Contoh toksin yang membahayakan adalah sebatian plumbum dan juga oksida nitrogen yang ada dalam udara. Toksin ini menyebabkan keracunan yang boleh membunuh sel, merosakkan otak dan peparu, batuk dan juga penyakit peparu seperti emfisema.



                              

Oleh kerana kandungan bahan tersebut yang sangat kecil, maka langkah sewajarnya perlu kita ambil bagi memastikan udara yang kita sedut adalah bersih dan tidak tercemar. Langkah berjaga-jaga ini juga boleh mencegah kita daripada mendapat penyakit yang berkaitan dengan sistem pernafasan.



1 comment:

  1. thanks info nya gan, sukses selalu dan salam dari kami INTERIOR JAKARTA.

    ReplyDelete